Monday, December 12, 2011

watak sampingan

dalam idop kite
kite kire cam watak utama la kn
kalo dalam idop org len
kita jadi sampingan lak
masalah skang adalah watak sampingan yang 'negatif'
senang cite 'watak jahat' laa
gerammnye aku
ngan watak2 sampingan dalam idop aku ni
keje jadi 'batu api' je tak abih-abih
memang tak ley tengok aku hepi kot
suke ati je masok campur dalam hal umah tangge aku
huh!!!
aku tak penah kaco 'watak2' tue pown
jeles sangat ke tgk aku ngan 'watak yg krenye utama la dalam idop aku'?
da krg tak dapat 'watak' yg krg nak
krg kaco idop aku lak
pe laa nak jadi human nowadays
hahahahaha...
takpe2
aku malas nak tampal memo kat dahi krg supaya tak kaco idop aku
pandai2 la 'watak2 sampingan' tu pikir ye
(^_^)



*muke penat nek trun bukit

Wednesday, December 7, 2011

bukan aku tak cinta

bukan aku tak cinta
bukan aku tak sayang
bukan aku tak kasih

bukan salahmu
hatiku makin membenci

maafkan aku
mengambil waktumu
mencari jawapan
untuk kebahagiaanku

andai aku
bukan untukmu
relakan aku
jauh darimu

mungkin bukan aku
takdir hidupmu

Sunday, November 20, 2011

when i talk about "sEJarAh'

SEJARAH PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM KEMERDEKAAN

PENDAHULUAN

Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini bukanlah bermakna ianya kekal untuk selama-lamanya. Tapi ianya merupakan satu kemerdekaan yang harus dipertahankan. Kerana apa ? Kerana segala kesenangan dan keharmonian yang dikecapi oleh warga Malaysia kini merupakan hasil titik peluh dan keringat para tokoh-tokoh kemerdekaan pada waktu lampau. Perjuangan mereka tidak terhad kepada satu jenis perjuangan sahaja iaitu peperangan malah turut meliputi aspek politik dalam membentuk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Tapi, persoalannya, masih adakah dalam kalangan generasi muda ini yang masih prihatin terhadap sejarah perjuangan mereka ( tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ) ? Bagaimana pula mengenai parti-parti politik yang terdapat di Tanah Melayu pada satu ketika dulu ? Apakah perjuangan sebenar mereka hanya untuk mengecapi kemerdekaan semata-mata?

PENGENALAN

Pemikiran politik Islam di Tanah Melayu dapat di bahagikan kepada dua era iaitu sebelum dan selepas merdeka. Politik sebelum merdeka telah mula kelihatan apabila rakyat merasakan hak dan kepentingan mereka sebagai penduduk telah diperkotak-katikan oleh penjajah. Hal ini ditambah lagi dengan penubuhan persatuan dan kesatuan yang menyeru ke arah penentangan terhadap penjajah dan ke arah pemerintahan kerajaan sendiri. Politik di zaman sebelum merdeka telah diwarnai dengan pelbagai pertubuhan dan persatuan serta akhbar-akhbar yang menaikkan semangat rakyat tempatan dan bangsa yang berbilang kaum telah merancakkan lagi isu politik ketika itu. Pergerakan kelompok-kelompok politik yang mewakili orang Melayu di Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1920an. Kesedaran politik di kalangan orang Melayu ini adalah berikutan dengan kesedaran politik di Tanah Melayu sendiri dan juga di negara-negara lain. Kelompok-kelompok politik ini mempunyai matlamat yang agak berbeza antara satu dengan yang lain.
Dalam mencapai matlamat mereka, parti-parti ini telah mengadakan kegiatan untuk merangka konsep dan kerangka negara bangsa masing-masing Orang Melayu yang pada mulanya tidak berminat dengan kesatuan yang berbentuk politik telah mula menunjukkan minat sekitar tahun 1930an untuk membentuk kesatuan-kesatuan politik. Keadaan ini kerana keadaan sosaial dan ekonomi yang bergolak serta cabaran yang ditimbulkan oleh pendatang yang mana bilangan mereka yang semakin membimbangkan penduduk setempat. Hal ini menyebabkan orang-orang Melayu bangkit dan membentuk kesatuan politik bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka sebagai penduduk Melayu
Pada umumnya kemunculan persatuan, kesatuan dan kelab di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 adalah lebih bersifat tempatan, sosial dan kebajikan, dan belum lagi menunjukkan minat ke arah politik atau lebih khusus lagi semangat kebangsaan. Sifat-sifat ini seiring dengan corak perkembangan masyarakat yang belum menerima pengaruh bangsa asing. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1926, dan persatuan-persatuan Melayu negeri yang muncul pada akhir tahun 1930-an juga tidak menampakkan perubahan ketara daripada sifat-sifat asas ini. Walaupun persatuan-persatuan Melayu negeri telah gagal dalam usaha menubuhkan satu pertubuhan nasional akibat perasaan cemburu dan permusuhan kewilayahan, namun kegiatan persatuan-persatuan tersebut telah meletakkan asas untuk penubuhan UMNO dan seterusnya PERIKATAN bagi menghadapi persiapan ke arah pemerintahan sendiri. Tambahan pula, penubuhan persatuan-persatuan politik berhaluan kiri dengan aliran perjuangan yang tersendiri semakin merancakkan lagi perkembangan politik tanah air .

PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN :

i. UMNO
Bendera yang bernama ‘ Sang Saka Bangsa ‘ membawa lambang kemegahan UMNO sebagai salah sebuah parti yang terulung di Malaysia pada masa kini dan juga merupakan sebuah parti yang paling berwibawa pada zaman sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
UMNO ( United Malays National Organisation ) atau dalam bahasa melayunya – PEKEMBAR ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ) diasaskan pada 11 Mei 1946 selepas Piagam atau Perlembagaan UMNO diluluskan oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang pada ketika itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. Pada ketika itu UMNO telah dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar bersama-sama dengan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi melancarkan pergerakan parti tersebut di sekitar Tanah Melayu pada ketika itu.
Ahli-ahli jawatankuasa tersebut ialah :
I. Dato’ Onn Jaafar
II. Dato’ Panglima Bukit Gantang
III. Dato’ Nik Ahmad Kamil
IV. Dato’ Hamzah Abdullah
V. Encik Zainal Abidin Ahmad ( Za’aba )

UMNO merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya kepada warga Bumiputera sahaja. Parti ini membawa ideologi Nasionalisme Melayu. Nasionalisme Melayu merupakan sebuah ideologi yang memupuk semangat jati diri orang Melayu agar bersatu teguh dan bekerjasama dalam menaikkan taraf hidup masyarakat Melayu. Ideologi ini juga di terapkan ke dalam diri rakyat Melayu agar menjaga ketuanan Melayu. Perjalanan parti ini pada mulanya agak sukar kerana pihak British pada ketika itu masih lagi menentang revolusi penduduk di Tanah Melayu untuk mentadbir kerajaan mereka sendiri.

Sejarah Ringkas Pertubuhan UMNO
Pada 1-4 Mac 1946 , satu perhimpunan besar-besaran telah di aturkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baharu , Kuala Lumpur. Seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai perhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya.Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres tersebut. Dalam perhimpunan tersebut , sebanyak tiga usul telah diluluskan oleh kongres tersebut , iaitu :
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu( PEKEMBAR/UMNO )
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja
Pada 1 April 1946 , kerajaan British telah menubuhkan Malayan Union walaupun setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu. Pertubuhan-pertubuhan dan kaum Melayu telah memulaukan Malayan Union. Kemudian pada tanggal 11 Mei 1946 UMNO telah dilahirkan pada Kongres Melayu Se-Malaya yang ketiga.
Dato’ Onn telah mencadangkan untuk membuka keahlian parti kepada semua penduduk di Tanah Melayu pada waktu itu tanpa mengira bangsa dan nama PEKEMBAR ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu. Walaubagaimanapun , cadangan tersebut telah ditentang keras oleh ahli-ahli parti dan disebabkan itu , akhirnya Dato’ Onn telah meletakkan jawatannye sebagai Presiden UMNO dan kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP ) pada 26 Ogos 1951.

ii. MIC

LOGO MIC
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946.MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

iii. MCA

LOGO MCA
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan Cheng Lock mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
 menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
 melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
 bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
 bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Tan Cheng Lock mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. MCA menyokong gagasanDato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan Cheng Lock dan Dato' Onn bermula ketika Tan Cheng Lock menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
MCA menyertai Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

iv. IMP

DATO’ ONN JAAFAR

Independence of Malaya Party (IMP) ditubuhkan pada 16 September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. Parti ini dibuka untuk semua kaum di Malaya tetapi lebih mendapat sambutan daripada kaum Cina dan India. Tetapi orang bukan Melayu keberatan memberi sokongan moral dan material kepada Dato’ Onn kerana sikap orang Melayu yang menentang keras dasar “Malaya untuk Malayan”. Mereka sedar bahawa sesuatu pergerakan politik di Malaya mustahil untuk mencapai kejayaan jika tidak disertai oleh orang Melayu. Akhirnya, pemimpin Cina dan India tadi berpaling tadah dan menarik diri daripada menyokong IMP. Selain itu, mereka tidak menaruh keyakinan yang sepenuhnya terhadap dasar “Malaya untuk Malayan” kerana mereka menganggap bahawa Dato’ Onn menggunakan dasar itu hanya untuk menyatupadukan semua kaum bagi menentang dan menamatkan penjajahan di Tanah Melayu. Di sebalik itu, mereka bimbang jika setelah kemerdekaan tercapai, nasib mereka pada masa hadapan tidak terjamin. Dengan itu, IMP lumpuh dan mati dengan sendirinya, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952. Pada Februari 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.
Tujuan dan dasar-dasar Parti Negara tidak bercorakkan perkauman tetapi memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Parti Negara menyekatkan keahlian orang bukan Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Tetapi malangnya perubahan sikap dan corak perjuangan baru yang ditunjukkan oleh Dato’ Onn menerusi Parti Negaranya itu tidak mempunyai daya penarik lagi seperti semasa beliau memimpin UMNO dahulu. Jika dahulu Dato’ Onn menubuh IMP untuk mencari sokongan orang bukan Melayu dan mencapai kemerdekaan menurut syarat British, sekarang beliau menubuhkan pula Parti Negara untuk meraih sokongan orang Melayu, bukan lagi untuk mencapai kemerdekaan tetapi untuk menyatupadukan semula umat Melayu. Hal ini adalah untuk mempertahankan hak-hak kebangsaan Melayu supaya keselamatan orang Melayu terjamin. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung PN ini.

v. PAS

LOGO PAS
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggolpada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.

KESAN-KESAN KEWUJUDAN PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU DAN NEGARA-NEGARA YANG BERHAMPIRAN
Kebangkitan nasionalis telah membuka mata rakyat di setiap negara. Golongan nasionalis ini telah menyedarkan mereka bahawa pentingnya mereka bersatu padu untuk menentang penjajah. Mereka mula sedar bahawa, sekiranya mereka ingin berjaya menggulingkan penjajah mereka perlu bersatu hati dan bukan saling menentang satu sama lain. Oleh itu, melihat keadaan ini di Indonesia, Parti Nasional Indonesia telah ditubuhkan untuk menyatupadukan semua parti politik dalam sebuah persekutuan parti-parti politik kebangsaan Indonesia. Ianya bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat dan mewujudkan semangat kebangsaan. Perpaduan ini telah mendatangkan hasil apabila Parti Nasional Indonesia ini telah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia baik dari segi ekonomi mahupun politik.

Seterusnya, sekitar bulan Ogos 1945 terdapat perkembangan penting yang telah memberi kesan terhadap perkembangan politik di Vietnam, iaitu perkembangan persatuan dan parti politik yang dipengaruhi oleh “sentimen patriotik”.Malah keanggotaan kumpulan ini turut meliputi juga pegawai tinggi kerajaan yang telah mula menyokong kemerdekaan dan bersifat anti-Perancis. Maka disini kita telah melihat bahawa kesedaran tentang semangat kebangsaan itu telah meresap masuk kedalam penduduk di Vietnam juga dimana pegawai-pegawai kerajaan juga telah mula bersatu padu dengan golongan nasionalis untuk membebaskan diri dari belengu penjajah. Sehinggakan akhirnya melalui perpaduan ini mereka telah Berjaya mencapai kemerdekaan sehingga kini.

RUMUSAN

Kematangan politik melayu semakin jelas sebenarnya apabila mencapai kemuncakknya pada tahun 1948. Darurat adalah suatu kemuncak kematangan politik walaupun ada beberapa masalah yang timbul. Antara masalah yang timbul ialah akibat dielektik tegas British terhadap PKMM, menyebabkan ramai ahlinya kecewa dengan jalan konvensional dan mengambil jalan radikal dengan menyertai PKM (Parti Komunis Malaya). Pejuang melayu di dalam Rejimen ke-10 PKM ini adalah juga sebahagaian daripada usaha melayu memperolehi hak politik mereka. Tetapi komunis tetap ada agendanya yang tersendiri. Kecenderungan mereka adalah memerdekan Malaya tetapi dihiasi dengan masyarakat komunis yang kelihatan tanpa perasaan, anti feudalisme, serta pengagihan harta yang dikatakan sama rata tetapi kekasaran jadinya. Salahjika tidak mengakui niat suci Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan sebagainya yang inginkan kemerdekaan rakyat. Mereka memasuki PKM tetapi tidak berfahaman komunisme secara total. Mereka masih beragama Islam. Cuma mereka agak sosialisme. Bukan hak kita menafikan perjuangan mereka itu dengan alasan PKM sebagai wasilah mereka. Dilema melayu saat itu hanya mereka yang memahami. Mereka yang inginkan kemerdekaan segera terpaksa terjun dalam lembah itu. Tidak dapat dinafikan pengaruh PKM dalam organisasi API dan AWAS sejak awal lagi. Kita yang tidak berjuang tidak akan faham. Masyarakat yang tidak berjuang terus menelan propaganda British yang sememangnya anti Russia (Soviet Union) dan China saat itu.
Kesatuan kesemua persatuan dalam PERKEMBAR (yang kemudiannya menjadi UMNO) adalah kerana ingin menyanggah agenda Malayan Union. Mereka terpaksa menyetujui untuk mempertahankan feudalisme dalam usaha mempertahankan hak melayu dan agama Islam serta kedaulatan negeri-negeri melayu yang eksklusif berbanding menjadi tanah jajahan mahkota Britain. Disini kelihatan politik melayu amat matang dan bersatu atas satu alasan yang sama.
British menghapus kesemua pejuang kemerdekaan yang bukan daripada alirannya kerana sistem perjuangan Hizbul Muslimin adalah berteraskan Islam tulen yang bercanggah dengan dasar neo-kolonialisme mereka, tidak kena dengan sistem kapitalis mereka serta langsung tidak 'ngam' dengan aspirasi mereka pasca merdeka . Mereka juga tidak sukakan ideologi sosialis yang ingin mematikan jerung-jerung kapitalisme tradisi barat itu. Syarikat-syarikat perindustrian kapitalis British dan eropah lainnya tidak akan kekal di Malaya jika ideologi ini berkuasa. Hal ini yang menyebabkan mereka memerangi PKMM, AWAS, API, PKM serta beberapa front lain yang sekutu dengan mereka. UMNO sahaja yang dibenarkan memerintah bersama beberapa parti komunalisme kaum yang lain. Mereka yang 'menang' ini kemudiannya mencorakkan sejarah. Menguasai seluruh minda melayu sehingga melayu lupa siapa yang berjuang dan siapa yang berpeluk tubuh.

*kredit tOO
<3 bOtOl
<3 nAsh
<3 waK

Thursday, October 27, 2011

the end

Begins with laugh tears smile....
Starting with i like you continue with i love you and ended with i hate you...
Lupekan or gantikan?
Hilangkan parut dulu dengan luka yang baru..
Ley ke?
Sacrifice diri dibenci untuk hilangkan beban disayangi
Complicated nye ayat..
Hanya yang merase je memahami
Hanya yang mengalami je terasa
Mencintai bukan untuk memiliki
Memiliki tak bermaksud dicintai
Senangnye kalo sume bermula dengan ‘love story’
Ended with ‘my happy ending’
Klimaks dengan ‘speak now’
Dan sentiasa ‘smile’
Dengan harapan takkan ada ‘unfaithful’
Sweetnye hidup dengan flavour chocolate
Pahitnye hidup dengan flavour coffe
Tensionnye hidup dengan flavour spicy
Dinginnye hidup dengan ice cream
Thats the flavours of our life
to be love
to be hate
happy
sad
hanya satu je yang menentukannye
L O V E

Tuesday, October 11, 2011

senangnye..


senangnye frasa ni disebut-sebut dan diulang-ulang sebutannya
hahahaha...
'sudi tak awak terima saya?'
'saya sayangkan awak'
'saya cintakan awak'
dan senang juga frasa ni diungkit-ungkit
'saya lepaskan awak'
'saya tinggalkan awak'
'saya bebaskan awak'
penah tak yang menyebut tue pikir ape yang yang mendengar rasa?
musti tak kan..
mengapa 2 ucapan nie selalu diucapkan dalam sesuatu hubungan
'terima kasih' dan 'maafkan saya'
DAN mengapa banyak sangat persoalan nie????
hahaha...
senangnye manusia cakap dorang 'berkorban'
korbankan ape yang orang lain rasa dengan anggapan dorang berkorban untuk kebahagiaan orang tersebut
sayang tak semustinya memiliki
memiliki tak semustinya sayang
salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri
dan memaksa orang lain untuk melayan kehendak diri
dan kenapa bila dalam masa yang sama akan ada 2 orang yang akan cakap benda yang sama
'saya sayangkan awak'
'saya takkan pernah tinggalkan awak'
and at the end
'saya lepaskan awak'
senangnye manusia bercakap tanpa pikir apa yang orang lain rasa
awak yang buka hati saya dulu
awak yang mulakan suma dulu
dan bila saya terima awak
awak sia-siakan saya sangat-sangat
awak telah hancurkan hati saya dulu
dan bila saya terima dia yang saya tunggu sebelum awak
dia layan saya sebaik mungkin
awak mula mempersoalkan saya dan dia
saya ketepikan awak untuk dia
saya tinggalkan awak untuk dia
dia mula sakitkan hati saya sama cam awak wat kat saya dulu
kenapa sume kesudahannya musti sama??
salah ke saya?

Saturday, September 10, 2011

raya! raya! raya!

assalamualaikum~~
salam syawal!!! hahaha... da 11 syawal da pown..
sowi~~ im late, kesibukan as da youngest wat aku lupe pasal blog jap..
"adik!!! tolong mak ......." "adik!!! tolong abah....." "adik!!! tolong akak....."
"adik!!! tolong abang......"
wawawawa,,, busynye saye~~~
aku la satu2nye anak dara yg balek dulu, fuuuhhhhhh!!!!
adik ni la tolong mak masak raye
adik ni la tolong kemas umah
n lastly adik ni la g siap baju raye sendiri sampai pukul 9pagi di 1 syawal
uwaaaa!!!! besh!! besh!! besh!!
aku beraya tak sampai 10 bijik umah pown
n tak jumpe langsung kengkawan aku
hahahaha.....
'itulah kacang lupakan kulit'
no la..... tak sihat~~~
mata rase berat je~~~ hahahaha...

first time raye g kubur...
tahun nie 1 raye tanpe tok n tok wan...
tinggal mak abah je...
adik sedey~~~
uhuk~~uhuk~~uhuk~~

btw, nie je la gamba raye yg ade..
lupe nak amik bebanyak..
raye pown 1 syawal je~~~


nie tak sume g, family angah n acik xmasok g... kurang g 6 orang


all da princesses~~ huhuhu...


nie sume hero2 mak abah... hero la sangat~~



kami single group~~~


*terdapat 2 kaler utama raye nie
TANAH vs AIR

Sunday, August 21, 2011

shopping.makan.fish spa

assalamualaikum..
wawawa... bonus baru masok maa..
yang len tido lua, kat uma ke, bawah jambatan ke, kat msjid ke, suke ati kowang la!!!
aku nie... for da 1st time, semangat tido kat kem ngan dak2 bilik aku...
bermula la 'perjalanan jauh' aku semalam pada pukul 1230pm..
destinasi ptama, g ke SOGO... perghhh.... ramainye orang~~
aku da la pakai uniform g nie (tensi2, ramai dak2 u cam aku)
dalam masa 2 3 jam, aku mencari-cari baju untuk dipakai skang jugak!!
hmm... try & error!! nie yang wat aku bengang nie!!
1 baju pon xkena!! argghhhh!!!!!
nak menyenangkan aku yang cerewet nie...
amik & bayar & pakai!!
huh!! sah2 da xley tuka da...
da pilih sume tak berkenan..
aku amik, g baya tros tuka kat fitting room!!
hahaha.... lantak la nampak camne pown~~
yang kawan2 aku nie, hape pon tak beli lagi..
tak nak la, takde saiz la n etc la senang cite...
pastue... aku hangkut je 2 eko gi tue pegi TS lak..
LRT da jadi cam kaunter tiket piala dunia (cam la penah pegi)
huhuhu....
tolong kawan aku sowang nie cari slua dr tingkat 1 sampai 7
tue termasuk ground floor gi tue
penat2...
lapo aku.. rase cam nak teguk air je kat tengah2 orang ramai tue..
hahaha...
buke pose pon semangat la mengorder kat secret recipe..
wawawawa~~~~
da abih makan tue,
sambung lak jalan laju aka jalan lasak (sebab ad ramai sangat owang)
kaki aku sampai takde rase ape2 da..
da nak dekat tengah malam nie..
aku n zana n chubby pegi wat fish spa treatmen kat situ la jugak
hahaha... geli la ikan tue dok makan pe ntah kat kaki aku..
terjerit2 aku nak letak kaki..
da abih 1/2 jam. sambung lak urut kaki...
perghh... kekawan aku tido, aku terjerit2 geli..
memang masalah ngan sel2 kat kaki aku nie..
da aih tue, rase semangat plak nak round KL..
huhuhu... nasib bek ingat aku bawak 2 owang anak dara owang nie..
kalo aku je, mule jadi kutu malam tengah2 KL nie... hahaha..
sampai je bilik..
'dia' call, aku pon ngan semangatnye post mortem blek sume bende yang aku wat tadi kat dia..
sampai dia letak tepon bila aku da tetido~~
hmm... penat seyhh... tapi BEST!!!

Friday, August 19, 2011

nape baru sekarang?


kenape baru seda skang?
kenape baru skang awak rase pe yg saye rase dulu?
kenape baru skang awak seda saye ikhlas?
kenape baru skang awak jeles bile sye ngan lelaki len?
kenape baru skang awak cakap awak tak ley lepaskan saye?
kenape baru skang awak seda awak sayangkan saye sangat2?
kenape baru skang awak persoalkan ape yang saye rase kat awak?
kenape baru skang awak nak dengar ape yang saye da cakap dulu?
kenape baru skang awak nak tebus sume?
kenape baru skang awak persoalkan jodoh kite?

kenape awak seda sume mase saye da ada owg len?

mane awak mase saye nangis?
mane awak mase saye swg2?
mane awak mase saye perlukan teman?
mane awak mase tue?

kenape bile saye da ade sume tue baru awak nak datang?

kenape baru sekarang awak nak blaja kesetiaan?

kenape bukan mase ngan saye dulu?

saye sayangkan awak.....

tapi, sayang saye utk dia lbih dr ape yg tgal utk awak...

maafkan saye...

awak da jadi sejarah silam utk saye...

mase depan saye, saye hanya nak dia je....

cukup la dia je....

Monday, August 15, 2011

jar of hearts






i know i can't take one more steps towards you
cause all that's waiting is regret
don't you know
i'm not your ghost anymore
you lost the love
i loved the most

i learned to live half alive
and you want me one more time

and who do you think you are
running round leaving scars
collecting your jar of hearts
and tearing love apart
you're gonna catch a cold
from the ice inside your soul
so don't come back for me
who do you think you are

i hear you're asking all around
if i am anywhere to be found
but i have grown too strong
to ever fall back in your arms

i've learned to live half alive
and you want me one more time

and who do you think you are
running round leaving scars
collecting your jar of hearts
and tearing love apart
you're gonna catch a cold
from the ice inside your soul
so don't come back for me
who do you think you are

dear, it took so long
just to feel alright
remember how to put
back the light in my eyes

i wish i had missed the first time that we kissed
cause you broke all
you promises

and now you back
you don't get to get me back

and who do you think you are
running round leaving scars
collecting your jar of hearts
and tearing love apart
you're gonna catch a cold
from the ice inside your soul

so don't come back for me
don't come back at all




Thursday, August 11, 2011

2 dunia

assalamualaikum..
kte hnya merancang, tuhan yang menentukan...
just xckup 0.01 je gi,
aku tuka kos dpd perubatan ke pengurusan...
bayangkanla~~~
perghhh.... nasib bek aku ley cool g(ad la ngamuk sket2 kat 'dia' tue)
hahaha.....
yg besnye, family aku redha ngan kputusan aku tuka kos
nasib bek xkena buang kluarga, hahaha...
im sorry :(
actually, bersyukur jgak dapat kua...
takot xley nak bwak kat mse depan nnt..
keja camtue kne ikhlas, ikhlas ke aku dulu??
sume yg jdi must ad hikmahnye kan....
so, redha je la...
dan....
dengan penyakit yg aku ad skang nie...
mmg hebat dugaan yang aku kena hadapi...
tapi bila ingat dosa yang telah kita wat,
memang memadai sakit yang kita rse...
tq sayang... 'dia' ada je kat mne yang aku ad
care la sgt.... hahaha.....
jgn over suda, bnyak mata memandang, hahaha....
dan skang..
just pegang pada 2 bnde je
'SABAR & SETIA'

Saturday, August 6, 2011

only you!!!


assalamualaikum....
uiyt!! lma aih xtulih... xdak idea da...
u know wat??
im not single again!!!
ngan sape lak??? hahahaha... rahsie~~~
i luv him!! huhuhu... musti plek kn, post kat bwah ayat frust nonggeng
post nie da fall in luv kat owg len
pnjg cite die~~
actually, aku tgu dia ckap kat aku da setaon, aku xtao ape masalah dia, kawan2 dia sume tao dia nak kat aku, tapi kat aku xgtao2 sampai la.........
aku couple ngan owg len..
hisshhhh....
aku ingatkn xpe la, maybe dia xpenah nak kat aku, sampai la ari tue...
bila aku da couple ngan owg len, bru dia seda!!
padan muka!! slow sgt!! hahahaha....
masa aku couple ngan owg len tue, bley plak dia wat aku cam xwujud depan dia...
pergghhhh!!! sakit ati aku nie...
tapi xpe la kn, aku redha gie, kawan2 aku da xlarat da nak adjust
tapi pekena ntah ngan mamat nie, slow abih...
aku nie sabo je la.....
tapi.... akhirnya~~ dia cakap 'sudi ke x' kat aku 5 ogos yg pas, hahaha..
sah2 mmg staon aku tgu dia cakap, sambil melutut!! wow!! jgn jeles...
romantikss~~~ tapi yg kurengnye.. mase tue dua2 pakai loreng full plak tue ngan webbing set... huh!!! adoi!! agak tragik jgak la mase tue...
n... smalam 1 date as couple!! hahahaha..
padahal sblom nie, da bnyak kali da kua sesame...
selame nie kua, jalan huh!! laju cam nak cross country
skang nie, pndai pown tgu aku... hahaa...
thanks 4 da chocolate(kn da kne beli, spe suh xwish bufday ari tue) n heel yg awak suke sgt tgk owg pkai tue....
saya sayang dia(bukan nama sebenar) hahaha....

Saturday, July 16, 2011

tampal koyok!!

assalamualaikum..
argghhh... sakitnye badan aku.. smue otot aku rsa cam dkoyak2...
huuuu... stretching yg smangat sgt r nie kelmarin, da cam nenek da aku ni
jalan pown slow move je, klako plak!! ngan tampal koyok kat mrate bdan..

camna nak reduce kan sakit ni?? kalo aku wat je xtvt yg lagi menyakitkan, so kte xkn rasa da sakit ni coz ada sakit yg lagi mnyakitkn, hahaha.. bnyak la!!
muscle pain/ache.. nak gi ilang adalah ngan tuam ais 1-3 ari, ni kalo injured yg mlibatkn area yg kecik kat bdan, kalo 1 bdan camne?? xke bankrup nak g bli ais...
makan ubat tue mmg la ad, tp kalo d kerap sgt muscle pain nie, bley addict kte kalo nak bgantung kat ubat je, sng cte, wat je pe2 xcercise tp jgn berat sgt, xde la otot kte tkezut sgt!! hahaha....
nak cre yg paling senang? tido n relax... tue je yg aku slalu wat kalo xnak sakit,
urut2 la sket, jgn urut cam owg pas pantang plak, len plak jadi nant...
kalo da wat sume xok2 gak, g je la jmpa doktor, kot2 la muscle tkoyak xnak cantum blek, huhuhu...
do'a jgn lpe ye... pas usaha do'a, InsyaAllah... ^_^

Thursday, July 14, 2011


assalamualaikum..
da terlalu banyak masa lapang sampai aku wat blog ni jadi cam diari,
hamik ko!!
n... pagi td, function(dlm erti kte bhese owg slalu gne 'jamuan') classmate aku berjalan ngan jayanya....
berakhirlah suda perjalanan seorang insan yang kecil lagi cumil dalam asasi perubatan pertahanan...


sedey siott!!!
cuak aku!! adakah masih ada ruang untuk diri ini untuk memerahkan otak dalam fakulti perubatan or..........
alaaaa.....
nape la pointer aku xpas??
jawapannye : ada pada diri aku sendiri~~~
sape taknak sambung medik... aku nak!!!
tapi.. dapat ke tak nanti aku tawakkal je la..
InsyaAllah apa yang akan terjadi nanti must ada hikmahnya dan..
apa yang aku dapat nanti aku yakin yang itu adalah kemampuan aku...
just blieve in urself~~
kalo tak dapat, aku sanbung pengurusan sumber manusia..
bayangkan la betapa jauhnye beza antara 2 kos tue~~~
daripada human body ke logistik...

go! go! chaiyok je la....
tapi nak medik!!! huhuhu......
untuk mempositifkan otak aku...
aku pikir nie je
'apa yang aku dapat adalah selayaknya untuk aku'

Wednesday, July 13, 2011


assalamualaikum...
xjwb dosa, jawab SAYANG~~
susahnya nak wat keputusan.. no! no! no!
bukan keputusan, tapi bende yang akan menghancurkan hidup aku sekali lagi
once aku da penah jatuh, aku bangkit balik, tapi nape aku tak serik-serik??
sebab sayang?? cmon la, he's not ur husband yet, y sacrificed lebey2 tue watpe?
dia penah jadi titik hitam dalam hidup kau, kenapa kau sanggup berbek(more to scandal) ngan dia balek??
alaaa...
dan kenapa dia yang dah ada owg len, datang dalam hidup aku balik?
perlu ke sayang dua2 skali?
kenapa tamak sangat?
awak takkan mampu nak bahagiakn dua2 skali!! salah seorang akan jadi mangsa, kenapa awak tak penah sedar??
awak... masa sye ngan awak, awak wat mata sye bengkak at least sminggu skali,
hati sye tak sakit ngan awak sebab awak dah hancurkan hati sye...
awak... awak jangan lupe, bukan sye yang mulakan sume nie,
awak yang datang dalam hidup sye dulu, awak yang buka ati sye dulu, dan awak juga la yang menghancurkan hati sye..
kenape awak??
tak cukup ke ape yang sye wat utk awak....
sye xpenah tinggalkn awk utk sedetik pown... sye sentiasa ad utk awk, walopown awk x camtue utk sye...
ok fine, memang sye yang putuskan hubunga kita dulu, sye xsanggup utk mengalirkan air mata sye hanya utk awak... sye nak bertaubat atas segala dosa yang telah kita lakukan dulu..
awak ingat x? sye penah ajak awak berubah same2, tapi awak nak tinggalkan sye dlu, awak cakap kita takkan bley berubah selagi kita masih bersama tapi awak ok pas sye pujuk awak blek..
sye ingat g, last skali awak penah cakap kat sye, dia je yang mampu ubah awak,
tapi nape bila awak ngan dia, awak cari sye jugak??
dan sekarang awak nak sye kembali kat awak, awak da ada dia nape awak still nak sye??
awak.... awak tak pikir ke ape yang akan sye rase??
awak.... sye xbley time awak kembali dalam hidup sye, tapi sye jga xbley lari dari awak.. awak... sye sayangkan awak, tapi sye lagi sayangkan air mata dan hati sye untuk disia-siakan oleh awak, sye nak air mata sye mengalir hanya kerana Allah, bukan cinta palsu dari makhluk Allah... sye nak hati sye dpenuhi ngan cinta dari Allah, bukan janji palsu hambaNya...

Tuesday, July 12, 2011

assalamualaikum...
wawawa.... fisrt post!! terharunye~~ hahahaha
kedit to sherinreina. tenkiu tolong aku wat bende alah nie~~
nak tulis banyak.... tapi lek2 lu ekk...
ok, aku budak lagi so ape yang aku nga wat skang same cam budak2 normal len
n tentang ape yang aku akan tulis nant.... semustnye from my eye's lens...
xdenye aku cbok2 nak cite hal orang!! (perhaps)
btw, thats all 4 today!!
wsalam~~~