Sunday, November 20, 2011

when i talk about "sEJarAh'

SEJARAH PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM KEMERDEKAAN

PENDAHULUAN

Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini bukanlah bermakna ianya kekal untuk selama-lamanya. Tapi ianya merupakan satu kemerdekaan yang harus dipertahankan. Kerana apa ? Kerana segala kesenangan dan keharmonian yang dikecapi oleh warga Malaysia kini merupakan hasil titik peluh dan keringat para tokoh-tokoh kemerdekaan pada waktu lampau. Perjuangan mereka tidak terhad kepada satu jenis perjuangan sahaja iaitu peperangan malah turut meliputi aspek politik dalam membentuk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Tapi, persoalannya, masih adakah dalam kalangan generasi muda ini yang masih prihatin terhadap sejarah perjuangan mereka ( tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ) ? Bagaimana pula mengenai parti-parti politik yang terdapat di Tanah Melayu pada satu ketika dulu ? Apakah perjuangan sebenar mereka hanya untuk mengecapi kemerdekaan semata-mata?

PENGENALAN

Pemikiran politik Islam di Tanah Melayu dapat di bahagikan kepada dua era iaitu sebelum dan selepas merdeka. Politik sebelum merdeka telah mula kelihatan apabila rakyat merasakan hak dan kepentingan mereka sebagai penduduk telah diperkotak-katikan oleh penjajah. Hal ini ditambah lagi dengan penubuhan persatuan dan kesatuan yang menyeru ke arah penentangan terhadap penjajah dan ke arah pemerintahan kerajaan sendiri. Politik di zaman sebelum merdeka telah diwarnai dengan pelbagai pertubuhan dan persatuan serta akhbar-akhbar yang menaikkan semangat rakyat tempatan dan bangsa yang berbilang kaum telah merancakkan lagi isu politik ketika itu. Pergerakan kelompok-kelompok politik yang mewakili orang Melayu di Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1920an. Kesedaran politik di kalangan orang Melayu ini adalah berikutan dengan kesedaran politik di Tanah Melayu sendiri dan juga di negara-negara lain. Kelompok-kelompok politik ini mempunyai matlamat yang agak berbeza antara satu dengan yang lain.
Dalam mencapai matlamat mereka, parti-parti ini telah mengadakan kegiatan untuk merangka konsep dan kerangka negara bangsa masing-masing Orang Melayu yang pada mulanya tidak berminat dengan kesatuan yang berbentuk politik telah mula menunjukkan minat sekitar tahun 1930an untuk membentuk kesatuan-kesatuan politik. Keadaan ini kerana keadaan sosaial dan ekonomi yang bergolak serta cabaran yang ditimbulkan oleh pendatang yang mana bilangan mereka yang semakin membimbangkan penduduk setempat. Hal ini menyebabkan orang-orang Melayu bangkit dan membentuk kesatuan politik bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka sebagai penduduk Melayu
Pada umumnya kemunculan persatuan, kesatuan dan kelab di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 adalah lebih bersifat tempatan, sosial dan kebajikan, dan belum lagi menunjukkan minat ke arah politik atau lebih khusus lagi semangat kebangsaan. Sifat-sifat ini seiring dengan corak perkembangan masyarakat yang belum menerima pengaruh bangsa asing. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1926, dan persatuan-persatuan Melayu negeri yang muncul pada akhir tahun 1930-an juga tidak menampakkan perubahan ketara daripada sifat-sifat asas ini. Walaupun persatuan-persatuan Melayu negeri telah gagal dalam usaha menubuhkan satu pertubuhan nasional akibat perasaan cemburu dan permusuhan kewilayahan, namun kegiatan persatuan-persatuan tersebut telah meletakkan asas untuk penubuhan UMNO dan seterusnya PERIKATAN bagi menghadapi persiapan ke arah pemerintahan sendiri. Tambahan pula, penubuhan persatuan-persatuan politik berhaluan kiri dengan aliran perjuangan yang tersendiri semakin merancakkan lagi perkembangan politik tanah air .

PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN :

i. UMNO
Bendera yang bernama ‘ Sang Saka Bangsa ‘ membawa lambang kemegahan UMNO sebagai salah sebuah parti yang terulung di Malaysia pada masa kini dan juga merupakan sebuah parti yang paling berwibawa pada zaman sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
UMNO ( United Malays National Organisation ) atau dalam bahasa melayunya – PEKEMBAR ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ) diasaskan pada 11 Mei 1946 selepas Piagam atau Perlembagaan UMNO diluluskan oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang pada ketika itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. Pada ketika itu UMNO telah dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar bersama-sama dengan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi melancarkan pergerakan parti tersebut di sekitar Tanah Melayu pada ketika itu.
Ahli-ahli jawatankuasa tersebut ialah :
I. Dato’ Onn Jaafar
II. Dato’ Panglima Bukit Gantang
III. Dato’ Nik Ahmad Kamil
IV. Dato’ Hamzah Abdullah
V. Encik Zainal Abidin Ahmad ( Za’aba )

UMNO merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya kepada warga Bumiputera sahaja. Parti ini membawa ideologi Nasionalisme Melayu. Nasionalisme Melayu merupakan sebuah ideologi yang memupuk semangat jati diri orang Melayu agar bersatu teguh dan bekerjasama dalam menaikkan taraf hidup masyarakat Melayu. Ideologi ini juga di terapkan ke dalam diri rakyat Melayu agar menjaga ketuanan Melayu. Perjalanan parti ini pada mulanya agak sukar kerana pihak British pada ketika itu masih lagi menentang revolusi penduduk di Tanah Melayu untuk mentadbir kerajaan mereka sendiri.

Sejarah Ringkas Pertubuhan UMNO
Pada 1-4 Mac 1946 , satu perhimpunan besar-besaran telah di aturkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baharu , Kuala Lumpur. Seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai perhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya.Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres tersebut. Dalam perhimpunan tersebut , sebanyak tiga usul telah diluluskan oleh kongres tersebut , iaitu :
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu( PEKEMBAR/UMNO )
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja
Pada 1 April 1946 , kerajaan British telah menubuhkan Malayan Union walaupun setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu. Pertubuhan-pertubuhan dan kaum Melayu telah memulaukan Malayan Union. Kemudian pada tanggal 11 Mei 1946 UMNO telah dilahirkan pada Kongres Melayu Se-Malaya yang ketiga.
Dato’ Onn telah mencadangkan untuk membuka keahlian parti kepada semua penduduk di Tanah Melayu pada waktu itu tanpa mengira bangsa dan nama PEKEMBAR ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu. Walaubagaimanapun , cadangan tersebut telah ditentang keras oleh ahli-ahli parti dan disebabkan itu , akhirnya Dato’ Onn telah meletakkan jawatannye sebagai Presiden UMNO dan kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP ) pada 26 Ogos 1951.

ii. MIC

LOGO MIC
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946.MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

iii. MCA

LOGO MCA
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan Cheng Lock mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
 menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
 melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
 bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
 bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Tan Cheng Lock mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. MCA menyokong gagasanDato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan Cheng Lock dan Dato' Onn bermula ketika Tan Cheng Lock menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
MCA menyertai Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

iv. IMP

DATO’ ONN JAAFAR

Independence of Malaya Party (IMP) ditubuhkan pada 16 September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. Parti ini dibuka untuk semua kaum di Malaya tetapi lebih mendapat sambutan daripada kaum Cina dan India. Tetapi orang bukan Melayu keberatan memberi sokongan moral dan material kepada Dato’ Onn kerana sikap orang Melayu yang menentang keras dasar “Malaya untuk Malayan”. Mereka sedar bahawa sesuatu pergerakan politik di Malaya mustahil untuk mencapai kejayaan jika tidak disertai oleh orang Melayu. Akhirnya, pemimpin Cina dan India tadi berpaling tadah dan menarik diri daripada menyokong IMP. Selain itu, mereka tidak menaruh keyakinan yang sepenuhnya terhadap dasar “Malaya untuk Malayan” kerana mereka menganggap bahawa Dato’ Onn menggunakan dasar itu hanya untuk menyatupadukan semua kaum bagi menentang dan menamatkan penjajahan di Tanah Melayu. Di sebalik itu, mereka bimbang jika setelah kemerdekaan tercapai, nasib mereka pada masa hadapan tidak terjamin. Dengan itu, IMP lumpuh dan mati dengan sendirinya, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952. Pada Februari 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.
Tujuan dan dasar-dasar Parti Negara tidak bercorakkan perkauman tetapi memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Parti Negara menyekatkan keahlian orang bukan Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Tetapi malangnya perubahan sikap dan corak perjuangan baru yang ditunjukkan oleh Dato’ Onn menerusi Parti Negaranya itu tidak mempunyai daya penarik lagi seperti semasa beliau memimpin UMNO dahulu. Jika dahulu Dato’ Onn menubuh IMP untuk mencari sokongan orang bukan Melayu dan mencapai kemerdekaan menurut syarat British, sekarang beliau menubuhkan pula Parti Negara untuk meraih sokongan orang Melayu, bukan lagi untuk mencapai kemerdekaan tetapi untuk menyatupadukan semula umat Melayu. Hal ini adalah untuk mempertahankan hak-hak kebangsaan Melayu supaya keselamatan orang Melayu terjamin. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung PN ini.

v. PAS

LOGO PAS
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggolpada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.

KESAN-KESAN KEWUJUDAN PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU DAN NEGARA-NEGARA YANG BERHAMPIRAN
Kebangkitan nasionalis telah membuka mata rakyat di setiap negara. Golongan nasionalis ini telah menyedarkan mereka bahawa pentingnya mereka bersatu padu untuk menentang penjajah. Mereka mula sedar bahawa, sekiranya mereka ingin berjaya menggulingkan penjajah mereka perlu bersatu hati dan bukan saling menentang satu sama lain. Oleh itu, melihat keadaan ini di Indonesia, Parti Nasional Indonesia telah ditubuhkan untuk menyatupadukan semua parti politik dalam sebuah persekutuan parti-parti politik kebangsaan Indonesia. Ianya bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat dan mewujudkan semangat kebangsaan. Perpaduan ini telah mendatangkan hasil apabila Parti Nasional Indonesia ini telah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia baik dari segi ekonomi mahupun politik.

Seterusnya, sekitar bulan Ogos 1945 terdapat perkembangan penting yang telah memberi kesan terhadap perkembangan politik di Vietnam, iaitu perkembangan persatuan dan parti politik yang dipengaruhi oleh “sentimen patriotik”.Malah keanggotaan kumpulan ini turut meliputi juga pegawai tinggi kerajaan yang telah mula menyokong kemerdekaan dan bersifat anti-Perancis. Maka disini kita telah melihat bahawa kesedaran tentang semangat kebangsaan itu telah meresap masuk kedalam penduduk di Vietnam juga dimana pegawai-pegawai kerajaan juga telah mula bersatu padu dengan golongan nasionalis untuk membebaskan diri dari belengu penjajah. Sehinggakan akhirnya melalui perpaduan ini mereka telah Berjaya mencapai kemerdekaan sehingga kini.

RUMUSAN

Kematangan politik melayu semakin jelas sebenarnya apabila mencapai kemuncakknya pada tahun 1948. Darurat adalah suatu kemuncak kematangan politik walaupun ada beberapa masalah yang timbul. Antara masalah yang timbul ialah akibat dielektik tegas British terhadap PKMM, menyebabkan ramai ahlinya kecewa dengan jalan konvensional dan mengambil jalan radikal dengan menyertai PKM (Parti Komunis Malaya). Pejuang melayu di dalam Rejimen ke-10 PKM ini adalah juga sebahagaian daripada usaha melayu memperolehi hak politik mereka. Tetapi komunis tetap ada agendanya yang tersendiri. Kecenderungan mereka adalah memerdekan Malaya tetapi dihiasi dengan masyarakat komunis yang kelihatan tanpa perasaan, anti feudalisme, serta pengagihan harta yang dikatakan sama rata tetapi kekasaran jadinya. Salahjika tidak mengakui niat suci Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan sebagainya yang inginkan kemerdekaan rakyat. Mereka memasuki PKM tetapi tidak berfahaman komunisme secara total. Mereka masih beragama Islam. Cuma mereka agak sosialisme. Bukan hak kita menafikan perjuangan mereka itu dengan alasan PKM sebagai wasilah mereka. Dilema melayu saat itu hanya mereka yang memahami. Mereka yang inginkan kemerdekaan segera terpaksa terjun dalam lembah itu. Tidak dapat dinafikan pengaruh PKM dalam organisasi API dan AWAS sejak awal lagi. Kita yang tidak berjuang tidak akan faham. Masyarakat yang tidak berjuang terus menelan propaganda British yang sememangnya anti Russia (Soviet Union) dan China saat itu.
Kesatuan kesemua persatuan dalam PERKEMBAR (yang kemudiannya menjadi UMNO) adalah kerana ingin menyanggah agenda Malayan Union. Mereka terpaksa menyetujui untuk mempertahankan feudalisme dalam usaha mempertahankan hak melayu dan agama Islam serta kedaulatan negeri-negeri melayu yang eksklusif berbanding menjadi tanah jajahan mahkota Britain. Disini kelihatan politik melayu amat matang dan bersatu atas satu alasan yang sama.
British menghapus kesemua pejuang kemerdekaan yang bukan daripada alirannya kerana sistem perjuangan Hizbul Muslimin adalah berteraskan Islam tulen yang bercanggah dengan dasar neo-kolonialisme mereka, tidak kena dengan sistem kapitalis mereka serta langsung tidak 'ngam' dengan aspirasi mereka pasca merdeka . Mereka juga tidak sukakan ideologi sosialis yang ingin mematikan jerung-jerung kapitalisme tradisi barat itu. Syarikat-syarikat perindustrian kapitalis British dan eropah lainnya tidak akan kekal di Malaya jika ideologi ini berkuasa. Hal ini yang menyebabkan mereka memerangi PKMM, AWAS, API, PKM serta beberapa front lain yang sekutu dengan mereka. UMNO sahaja yang dibenarkan memerintah bersama beberapa parti komunalisme kaum yang lain. Mereka yang 'menang' ini kemudiannya mencorakkan sejarah. Menguasai seluruh minda melayu sehingga melayu lupa siapa yang berjuang dan siapa yang berpeluk tubuh.

*kredit tOO
<3 bOtOl
<3 nAsh
<3 waK