Tuesday, September 17, 2013

bila yang last jadik yang first

ok, ok,
semalam aku pegi wat treatment kat new york skin solution,
katenye first treatment free of charge,
okay.. aku pon try la..
opkos la makin better muke aku even ngan 1 sesi  je pon,
then... last pas treatment.. dia bile kire2 bajet sume.. total 8k!!!
omaaiiiigaadddd..
mahalnye....
pastue dia suh aku wat 20 lagi treatment ngan 8 k tuh
gile pe!!
aku bagi bnyak gile alasan sampai dia tolak-tolak sume,
sampai tinggal 5 treatment dulu yang berharga 1.5k dan dibayar ansuran 3 kali
hahaha.. hamikk koo!!!
kalo bukan muke aku yang makin worst nie.. takdenye aku nak habiskan ribai-ribai camtue jep,
tapi siyesly.. memang makin ok..n memang patot la kan.. 
kalo da 1 treatment pon harga dia 500++
so, utk sem li nih aku akan try wat 5 treatment dulu then aku akan continue pas aku komisen nanti
InsyaAllah...

sincerely,
minminnie

Thursday, September 12, 2013

I.N.T.E.R.N.S.H.I.P phase

hohoho...
i da masok internship phase... 5 bulan aku da boleh lupakan baris! baris! dan baris!
so.. aku da wat to-do-list untuk aku penuhkan 5 bulan aku dengan bende yang berfaedah, semaksud dengan untuk aku habiskan duit dengan sekering-keringnya... haha..

to-do-list
1. amik lesen memandu
2. swimming classes
3. aerobic class
4. new york skin solutions

aku rase 'new york skin solutions' come first kott.. haha.. 

eh eh.. suda-suda.. jadual seharian fasa baru hidupku
2 minggu pertama
6.30 pagi aku da gerak gi hotel, tue pon sebab aku kne tumpang kakak aku yg nurse tue
then masok keje
bla..bla..bla..blaa.. sampai 1 ptg..
"min! min! jom gerak gie makan" haha.. ooyyeeaaahhh.. makan hotel tanggung
penjimatan disitu!!
then bla..bla..bla... sampai 5.30ptg
ok, punch kad-nek teksi-nek lrt, nak dekat rm10 jugak lah
bila la motor aku nak sampai nih.. lambat lah.. acano nak jimat nih??
okay2, stop kat sini.. sok i update lagi aktiviti-aktiviti baru.. haha..

sincerely,
minminnie

Thursday, December 13, 2012

CLEOPATRA firaun terakhir

#this is my assignment for leadership in war subject
: : kenapa aku post? sebab tak ade langsung sumber dalam bahasa Melayu, penat jugak la translate segala sumber yang ada :/


RATU CLEOPATRA  FIRAUN YANG TERAKHIR

AU0547aCleopatra.jpg

BIOGRAFI RINGKAS CLEOPATRA
NAMA PENUH             :         Cleopatra VII Thea Philopator
TARIKH LAHIR            :         Januari 69 SM - 12 Ogos
JAWATAN                    :         Pemerintah tertinggi di Mesir, sebagai Firaun
ANAK                            :         Cleopatra mempunyai empat orang anak, seorang anak ketika bersama Caesar (Caesarion) dan tiga lagi ketika bersama Antony (Cleopatra Selene II, Alexander Helios, dan Ptolemy Philadelphus).
KELUARGA                 :         abangnya dan saudara terdekat baginda
KESAN PEMERINTAHAN      :          pemerintahan baginda menandakan berakhirnya Era Hellenistik dan permulaan Era Rom di Mediterranean timur

BAGINDA MERUPAKAN        :          Firaun terakhir Mesir Purba (anaknya bersama Julius Caesar, Caesarion, memerintah pada nama sahaja sebelum Augustus).
BAHASA DAN BUDAYA       :           bahasa Greek dan budaya adalah Hellenistik

Perwatakan dan Fizikal Ratu Cleopatra:
1.    Ratu Cleopatra cantik dari paras rupa.
2.    Ratu Cleopatra dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony).
3.    Baginda mempunyai hidung yang mancung mewarisi ciri-ciri Ptolemy.
4.    Rupanya baginda diatasi dengan perwatakannya. Baginda seorang yang kuat daya penarikannya, perbualan yang mengagumkan dan suaranya mampu menggembirakan semua orang.
5.    Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tidak mengira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin.









SALASILAH KELUARGA CLEOPATRA

700px-Ptolemy_xii.PNG
Cleopatra Ptolemy VII atau nama sebenar Cleopatra VII Thea Neotera juga dikenali sebagai Cleopatra Philopator  dilahirkan pada awal 69 S.M. Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Baginda  merupakan anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta dua adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah pada zaman itu. Keluarga Cleopatra menghadapi konflik dari luar Rom dan mnghadapi ancaman perebutan kuasa.
Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir.Keadaan itu menyebabkan Ptolemy XII diusir rakyat dari Iskandariah lalu melarikan diri ke Rom. Pada 58 S.M., ibundanya, Cleopatra V mengambil alih tampuk pemerintahan bersama anaknya, Berenice IV selama setahun sehingga ibundanya mangkat. Selepas kemangkatan ibunda, tampuk pemerintahan disambung oleh Berenice IV. 
Konflik perebutan takhta di antara Berenice IV dengan Cleopatra VI telah menyebabkan kematian. Berenice IV telah meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M. ,  ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota. Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu.



PENDIDIKAN DAN PERTABALAN CLEOPATRA SEBAGAI PERMAISURI MESIR

Cleopatra seorang pemerintah yang berpengetahuan tinggi. Baginda diberikan pendidikan terkuat dan terkini menurut sukatan kurikulum termaju Yunani. Malah, baginda merupakan Ptolemy pertama yang mempelajari bahasa Mesir kerana sebelum itu, bahasa Yunani digunakan dan penterjemah diupah. Cleopatra menguasai 9 bahasa , malah baginda juga pakar matematik dan perniagaan. Kepintaran baginda dihormati seluruh rakyat. Baginda turut mendapat penghormatan daripada seluruh rakyat.
images (1).jpg
Pada tahun 51 S.M., Ptolemy XII  telah mangkat dan Takhta telah diwariskan kepada baginda yang masih berusia 18 tahun dan berkongsi takhta dengan adindanya,Ptolemy XIII yang masih berusia lebih kurang 10 tahun. Menurut undang-undang Mesir, Cleopatra telah dipaksa berkahwin dengan keturunannya sendiri. Baginda sanggup berkorban demi mempertahankan warisan nenek moyang baginda. Baginda menerima tanpa terlalu menolak kerana baginda menerima takhta dengan cabaran yang sudah terikat bersama. Baginda mahu mengekalkan Mesir dari dijajah Rom dan berharap agar dapat menakluk semula jajahan leluhur baginda.





Misi Leluhur (misi datuk moyang) atau mission ancestor

images.jpg
Keturunan Ptolemy telah memerintah Mesir sejak 305 S.M, apabila Ptolemy I menggelarkan dirinya Raja Mesir selepas kemangkatan “Alexander The Great”. Sebelum kedatangan Alexander, rakyat Mesir purba di bawah kekuasaan empayar Parsi. Akibat kejatuhan Parsi di tangan Alexander, Alexander dialu-alukan di Mesir pada tahun 332 S.M. Sejak pengisytiharan Alexander sebagai "Anak Amon" di Tempat Pemujaan Amon di Siwa, kini dia sudah bergelar Firaun. Alexander memulakan pembinaan Iskandariah tetapi meninggalkan Mesir pada 331 S.M. dan menjadikan Cleomenes dari Naukratis untuk mengambil alih.
Kemudian, Ptolemy menuntut kembali di pihak Alexander. Apabila Alexander mangkat, jeneral baginda membahagikan wilayah taklukan baginda lalu Ptolemy mewarisi kerajaan Mesir. Maka, bermulalah Dinasti Ptolemaik dan telah memperkenalkan budaya yunani di Mesir. Tiga Ptolemy yang pertama telah berjaya meluaskan empayar Mesir menjangkaui lebih dari sempadan asal. Ketika menjelang era Cleopatra, empayar itu telah hampir jatuh dan telah menerima tekanan dari kerajaan Rom yang semakin kuat dan hutang yang bertambah akibat kelalaian raja Ptolemy yang terdahulu, tetapi Mesir bernasib baik kerana kebanyakan jirannya sudahpun ditakluki Mesir. Perkara ini membangkitkan semangat Cleopatra untuk kembali menaikkan kegemilangan lelehur baginda. Cleopatra juga merupakan pemerintah yang mempunyai keazaman yang kuat. Baginda ingin mengembalikan visi Hellenistik (gabungan Timur dan Barat).



PEMERINTAHAN CLEOPATRA

PERMULAAN
Cleopatra berhasrat untuk menguasai takhta tanpa adik lelakinya, Ptolemy XIII tetapi tidak mendapat sokongan dari pihak luar mahupun dalam. Oleh kerana itu, baginda telah dihalau dari istana di Iskandariah oleh golongan pengikut adiknya. Walau bagaimananpun, baginda bersubahat dengan puak gurun dan membentuk tentera baginda sendiri. Pada September 48 S.M., ketika Cleopatra mengumpulkan bala tentera. Cleopatra menggunakan lelaki kuat dari Rom yang tiba ke Pelabuhan Iskandariah untuk menuntut hutang ayahanda Cleopatra, Ptolemy XII bagi mengalahkan adiknya. rusuhan anti-Rom berlaku di pelabuhan Iskandariah ketika Caesar berlabuh.
Caesar adalah pemimpin yang ditakuti. Dia mendiami istana diraja, menuntut hutang dan meminta perbalahan keluarga diraja untuk dihentikan serta meminta Cleopatra dan adiknya untuk datang menghadapnya. Demi mengelakkan diri daripada tentera adiknya, Cleopatra menyembunyikan diri di dalam permaidani dan menyeludup masuk berjumpa Caesar.
Cleopatra_and_Caesar_by_Jean-Leon-Gerome.jpg
(rajah menunjukkan pertemuan ratu cleopatra dengan caesar. Ratu cleopatra bersembunyi didalam permaidani yang di bawa menghadap caesar)
(gambaran wajah Caesar)
Caesar, 52 tahun, panglima yang berpengalaman. Beliau juga merupakan ahli politik yang pintar, cendekiawan dan telah berumah tangga manakala Cleopatra, 21 tahun. Caesar merupakan lelaki yang sofistikated dan tidak mudah dikawal nafsu. Beliau terkenal dengan akal yang tajam seperti Cleopatra juga. Pada malam pertemuan itu, Cleopatra berbincang untuk menewaskan adiknya dan waktu yang sama mereka menjadi kekasih. Cleopatra seorang pemerintah yang mempunyai daya pengaruh yang hebat. Caesar dan cleopatra mempunyai matlamat yang sama dan disebabkan oleh persefahaman antara dua pemimpin inilah telah menguatkan lagi perhubungan di antara mereka. Julius Caesar membuat perjanjian agar kakak dan adik memerintah Mesir dengan damai.
Bagi beberapa minggu kemudian, segalanya berjalan lancar. Julius Caesar sempat berehat dan manikmati suasana Iskandariah yang aman dan ceria. Walau bagaimanapun, keamanan tidak bertahan lama apabila adik Cleopatra, Ptolemy XIII mencetuskan perang saudara yang sengit. Untuk berbulan-bulan lamanya, tentera Cleopatra dan Julius Caesar menentang dan akhirnya menang. Ptolemy XIII yang masih muda remaja itu mati lemas di sungai Nil. Selepas perang saudara tamat, sekali lagi takhta dikembalikan kepada Cleopatra. Cleopatra telah berkahwin dengan adiknya sendiri iaitu Ptolemy XIV seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan telah memerintah bersama. Tetapi mengikut pendapat sesetengah ahli falsafah, sebenarnya baginda memerintah seorang diri.

PEMERGIAN CAESAR
Cleopatra mengandungkan anak baginda, selepas pemergian Julius Caesar  meninggalkan Mesir. Selepas pemergian caesar, baginda menghadapi pelbagai ujian apabila Sungai Nil tidak melimpah dan bandar Iskandariah yang mewah turut mengalami kebuluran. Dengan kebijaksanaan baginda walaupun sedang sarat, baginda sanggup turun untuk membuka gudang Perbendaharaan negara dan membahagikan makanan simpanan yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang Rom. Baginda juga mengeluarkan arahan supaya jagung tidak dihantar ke kawasan selatan kerana akan memungkinkan harga makanan melambung. Jagung diarahkan dihantar ke Iskandariah kerana prihatin untuk memberi kepada penduduk bandar yang tiada pertanian sara diri berbanding kawasan selatan. baginda mendapat seorang anak lelaki dan dipanggil Ptolemy Caesar. Penduduk Iskandariah menggelarkannya Caesarion, anak Caesar.
Cleopatra telah dijemput oleh seorang pembantu Caesar ke Rom. Cleopatra menolak selagi Caesar tidak datang menjemput sendiri. Akhirnya baginda mengalah lalu belayar ke Rom bersama anaknya untuk berjumpa Julius Caesar. Tidak diketahui sama ada Julis Caesar mengiktiraf budak itu sebagai anaknya ataupun tidak namun rasa hormat terhadap ibunya adalah ketara. Di dalam kuil suci Venus, beliau meletakkan patung Cleopatra bagi menunjukkan betapa Julius Caesar menghormati Cleopatra sebagai ratu dalam bahasa yang menyentuh hati rakyat. Tindakan Julius dan Cleopatra merangka untuk menggabungkan Mesir, Rom, Eropah dan Asia di bawah kuasa pemerintahan mereka telah menimbulkan keraguan rakyat jika beliau membubarkan Dewan Senat.
Maka, pada 15 Mac 44 S.M., kumpulan berkomplot menunjuk perasaan di Dewan Senat dan Caesar yang agung dibunuh beramai-ramai dengan tikaman pedang dan pisau.
Sebelum kematian caesar, beliau tidak mewariskan takhta kepada Cleopatra mahupun Caesarion tetapi kepada cucu saudaranya, Octavius. Cleopatra belayar semula ke Rom dengan hati yang terluka. Beberapa minggu kemudian, adik lelakinya, Ptolemy XIV terbunuh. Baginda terpaksa memerintah bersama anaknya yang berusia 3 tahun. Tanpa sokongan orang Rom, Cleopatra kini terpaksa mempertahankan pemerintahan untuk dirinya dan anaknya dan baginda sedaya upaya merancang untuk menguasai dunia Mediterranean.
Di kuil Dendera, selatan Mesir, dalam ukiran yang sangat besar baginda membuat pernyataan yang paling berani kepada rakyat Mesir. Cleopatra dipaparkan sedang menyembah dewa-dewi bersama puteranya sebagai Firaun yang sudah dewasa. Di hadapan mereka, dewa Horus dan dewi Isi, ibu Horus. Pernyataan yang seperti papan iklan itu memeparkan bahawa nasib Cleopatra dan Caesarion seperti Isis dan anaknya Horus. Malah, ia menunjukkan seperti mana cara dinasti, Horus sah mewarisi bapanya Osiris yang (dalam keagamaan), begitu juga Caesarion sah mewarisi takhta Caesar.
220px-Denderah3_Cleopatra_Cesarion.jpg
(rajah menunjukkan ukiran cleopatra dan anaknya sedang menyembah dewa dewi)
(Empayar Rom selepas kematian Julius Caesar)





CLEOPATRA DAN ANTONY

(gambaran wajah Antony)
Di Rom, dua kuasa telah menguasai takhta Caesar iaitu Octavius yang masih berusia 19 tahun, dan Marc Antony, Marc Antony merupakan pembantu Caesar yang paling dipercayai. Mereka membahagikan empayar jajahan Caesar dengan Octavius mengambil bahagian Barat Eropah yang agak sejuk dan Marc Antony mengambil bahagian barat Eropah yang subur berhampiran Mesir. Marc Antony mengumpulkan wang untuk bala tenteranya di jajahan baru itu. beliau digelar Dionysus, iaitu dewa wain, keghairahan dan keabadian masyarakat Yunani purba.
Pada 41 SM, Cleopatra menerima sepucuk surat dari Antony ingin meminta bantuan Mesir untuk menawan Parthia (Iran). selepas beberapa minggu Cleopatra membuat antony tertunggu-tunggu akan jawapannya. Akhirnya, baginda ingin berjumpa dengan Marc Antony di Tarsus (Tenggara Turki). Baginda melayan Antony dengan jamuan besar-besaran selama 4 hari dan sekali lagi penglima besar Rom terpikat. Tambahan pula, atas dasar politik dan ekonomi (kayu balak yang diperlukan dan kekuasaan yang dimiliki), ikatan mereka semakin erat. Walau bagaimanapun, Cleopatra mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu baginda berharap agar Marc Antony boleh menggantikan tempat Caesar sebagai sekutu.Marc Antony terpaksa pulang ke Rom apabila isteri pertamanya, Fulvia, meninggal dunia.
Sepanjang pemergiannya, Cleopatra melahirkan anak kembar Antony. Antony telah berkahwin dengan adik Octavius iaitu Octavia yang berasaskan politik.dengan perkahwinan Antony dan Octavia, Cleopatra merasakan seolah-olah kehilangan cengkamannya terhadap Rom. 3 tahun kemudian, Cleopatra menumpukan perhatian kepada pemerintahan Mesir. Pada musim bunga 37 SM, Antony berada di Syria untuk menakluk Parthia. Beliau meminta Cleopatra bersamanya. Cleopatra telah memberikan duit, kapal dan tentera. Baginda seorang pemerintah yang berani menanggung risiko. Sebagai balasan, baginda meminta sebahagian tanah jajahan Rom dan itulah jajahan yang pernah ditakluk leluhur baginda. Antony kalah dengan 75% tentera telah terkorban. Dengan kekalahan ini, skali lagi impian cleopatra untuk menakluki jajahan datuk moyangnya gagal. Beberapa tahun kemudian, Antony berjaya menawan Armenia. Upacara besar-besaran telah diadakan bagi menyambut beliau. Antony mengisytiharkan bahawa Caesarion adalah anak Julius Caesar yang sah dan Antony mengeluarkan syiling baru yang mempunyai gambar Cleopatra tetapi lebih tua dan tegap yang bersifat keibuan.
(Rajah syiling baru yang mempunyai gambar Cleopatra tetapi lebih tua dan tegap yang bersifat keibuan.)

KONFLIK MESIR-ROM
Perkara yang telah berlaku memberi tamparan hebat buat Octavius. Beliau kini menyedari bahawa Rom telah menjadi sasaran Antony dan Cleopatra. Octavius membalasnya dengan propaganda yang dilancarkan terhadap Cleopatra. Gambaran propaganda yang dilepaskan Octavius itu telah dipercayai dan dipegang selama 2000 tahun iaitu Cleopatra sebagai seorang wanita yang mempunyai sifat penggoda, mengikut hawa nafsu, berzina dengan pesuruh dan orang gajinya dan membunuh jika tidak bersetubuh dengannya.
Ternyata ia satu tentangan yang hebat buat Cleopatra. Octavius menganggap Marc Antony telah disihir cinta. Rom menganggap bahawa rakyat Mesir tidak berakhlak kerana membiarkan mereka diperintah oleh seorang wanita. Lalu, Octavius meminta dewan senat menentang dan memerangi mereka. Ia bukan dituju kepada Marc Antony tetapi kepada Mesir dan ratunya, Cleopatra.

PERANG ACTIUM

Cleopatra sedar yang baginda harus menakluk Rom segera. Baginda menetapkan Greece sebagai medan perang. Baginda mengumpulkan armada terbesar yang pernah dilihat sejak era Alexander yang Agung, 500 kapal perang dan 7500 tentera. Octavius mempunyai bilangan yang kecil tetapi dipimpin oleh panglima yang hebat, Agrippa. Berlakulah kejutan apabila Agrippa mengepung Antony dan Cleopatra di Teluk Actium. Antony mahu memulakan tentera darat tetapi Cleopatra tidak mahu kerana baginda tidak mahu meninggalkan kapal.
Pada 21 September 31 SM, armadanya keluar untuk menentang tentera Rom tetapi pertempuran di Actium gagal. Skuadran Cleopatra yang terdiri daripada 60 buah kapal melepasi pertahanan Rom dan melarikan diri dengan perbendaharaan Mesir secara selamat. Dengan segera Antony mengekorinya dan meninggalkan armadanya yang dikalahkan tentera laut Octavius. Dengan megah, Rom mengatakan bahawa Cleopatra melarikan diri tetapi analisis moden berpendapat bahawa cadangan melarikan diri itu memang telah dirancang dari awal lagi.
(salasilah keluarga Cleopatra)


KEMANGKATAN CLEOPATRA
Pada musim bunga 30 SM, Cleopatra mendapat tahu yang Octavius mara bersama tenteranya. Baginda bersetuju untuk turun takhta jika putera-puterinya sudi menggantikannya. Marc Antony pula menawarkan nyawanya untuk menyelamatkan Cleopatra tetapi Octavius tidak mengendahkan semua itu. Cleopatra digesa bersembunyi di makamnya. Khabar angin mengatakan Cleopatra telah mangkat. Setelah mendengar khabar itu, Marc Antony menikam dirinya. Beliau dibawa kepada Cleopatra dan meninggal dunia dalam pangkuan Cleopatra. Cleopatra tidak dapat menerima yang dia telah ditawan Octavius. Baginda menunjukkan kehebatannya buat kali terakhir dengan memakai pakaian Isis dan bermahkotakan lambang ketuhanan bagi menggoda Octavius tetapi gagal. baginda mengambil keputusan membunuh diri setelah menyedari yang baginda gagal dalam mencapai kembali jajahan leluhur (datuk moyang). Baginda mangkat akibat dipatuk ular tedung yang diseludupkan ke dalam makam melalui bakul yang berisi buah ara atau buah tin. Dikatakan dua kesan patukan dijumpai di lengan dan di dada baginda. Itulah cara yang sesuai bagi Ratu Mesir.
kematian-Cleopatra.jpg
Ular tedung, haiwan suci dan teman dewi Isis serta pelindung Firaun. Patukannya dipercayai boleh mempercepatkan kealam kematian dan membawa keabadian. Dalam detik-detik terakhir kegemilangan Cleopatra, baginda mengisytiharkan takdirnya sebagai dewi. Walau bagaimanapun, kemangkatan Ratu cleopatra merupakan satu penghormatan bagi Octavius baginda kerana mati di tanah kelahiran dan leluhur baginda. Ini dibuktikan sejarah yang kemudiannya, apabila Octavius menakluk sesebuah jajahan, ketua atau rajanya akan di bawa ke Rom untuk dimalukan di hadapan rakyat Rom. Baginda mangkat pada 12 Ogos 30 SM dan penghormatan Octavius kepada baginda lebih jelas apabila baginda disemadikan bersebelahan jasad Marc Antony.










Sumbangan Ratu Cleopatra

P.jpg
Bagindalah satu-satunya ratu yang telah membangunkan semula negaranya, seorang ratu yang aktif dan telah menjauhkan Mesir dari Rom selama 20 tahun. Ketika penghujung zaman pemerintahan Cleopatra, baginda telah memerintah dengan begitu cekap sehingga khazanahnya telah menyebabkan kadar bunga hutang telah menurun sebanyak 2/3 apabila di bawa masuk ke Rom.
700 tahun selepas kemangkatan baginda, seorang yang warak di Mesir menggelarkan baginda Wanita yang Paling Popular dan Bijak. Itulah juga keabadian yang mungkin telah dipilih oleh baginda sendiri, abadi dan ternama dalam lipatan sejarah.





ANALISIS

Sumbangan Cleopatra kepada Tamadun Mesir Purba

Cleopatra VII (Cleopatra) adalah Firaun terakhir Mesir, seperti seluruh dinasti baginda, hidupnya seolah-olah telah diambil sehingga sebahagian besarnya adalah terlibat dalam tipu daya (abang dan kakak baginda dibunuh untuk mendapatkan takhta pada diri dan anaknya). Warisan jangka panjang dan pemerintahan baginda gagal untuk beratus-ratus tahun pemerintahan Rom di Mesir.
Walaubagaimanapun, mungkin tidak adil untuk menyalahkan baginda atas sebab Rom menakluk Mesir (kerana ianya berlaku pada setiap Negara Mediterranean yang lain) mungkin tidak dapat dielakkan, dan hubungan beliau dengan Caesar dan Anthony sebenarnya bertujuan mengelakkan Mesir dari ditakluk dan jika Anthony telah memenangi atau memaksa penyelesaian dalam perang saudara Rom mungkin hasilnya berbeza dengan apa yang telah terjadi dan Mesir memegang kuasa dominan dunia Mediterranean. Dia telah menjadi salah seorang tokoh besar dalam sejarah digambarkan berulang-ulang kali dalam drama, filem dan lain-lain.









Cleopatra penting dalam sejarah dunia

              Pertama sekali, dia adalah ratu Mesir yang pada masa itu adalah salah satu kerajaan yang kaya dan lebih berkuasa di dunia kedua adalah Empayar Rom. Baginda bukan daripada keturunan Mesir, baginda berasal daripada keturunan Greek yang sangat canggih dan beradat, jarang sekali bagi wanita dalam masa itu. Selain itu, baginda sangat cantik dan baginda gunakan seksualiti beliau sebagai senjata politik, pertama sekali untuk mendapatkan takhta danuntuk mendapatkan kuasa yang lebih untuk baginda dan Mesir.
Malah, apabila Julius Caesar datang ke Mesir selepas kemenangan ke atas Pompeus Magnus dalam perang saudara Rom, pharaon adalah abangnya, Tolomeus, kanak-kanak yang tiada arah dan malas pada usia 13 tahun. Cleopatra tidak puas hati terhadap abangnya dan baginda telah merancang untuk membunuh dia, yang menjadi saingan ntuk takhta dalam perjuangan dinasti. Tetapi sebelum melakukannya, Tolomeus, mengetahui bahawa Caesar telah datang ke Mesir dan mahu mempunyai pemimpin Roman sebagai bersekutu dan mengupah pembunuh untuk membunuh Pompeus (yang berada di Mesir untuk mencari sekutu vs Caesar perang), mengakibatkan dia dipancung dan kemudian ditawarkan kepala Pompeus 'sebagai hadiah kepada Caesar.
Tetapi Caesar menganggap ianya sebagai penghinaan dahsyat ke Rom, kerana mengikut pendapat beliau dan mengikut tradisi Roman, orang kenamaan seperti Pompeus, konsul, yang merupakan antara orang kenamaan di Rom, berhak kematian mulia, kematian askar dan bukan diperlakukan seperti penjenayah. Selain itu, walaupun mereka telah berjuang bersama-sama dalam perang, Caesar dan Pompeus telah menjadi kawan rapat selama bertahun-tahun dan pembunuhan Pompeus 'adalah jenayah dimana Caesar tidak akan diampunkan.
Oleh itu, Caesar mengarahkan untuk melepaskan Cleopatra dan meletakkan baginda di atas takhta. Manakala Tolomeus abangnya telah dibunuh oleh orang-orang Rom sebagai dendam untuk pembunuhan Pompeus '. Setelah Cleopatra menjadi Firaun Mesir, dia jatuh cinta dengan Caesar dan mempunyai seorang anak dengan dia, Caesarion yang mana akan menjadi pemerintah Empayar Rom selepas bapanya. Cleopatra secara senyap berfikir untuk meletakkan anaknya di atas takhta Rom untuk memastikan pemerintahan Mesir pada Empayar Rom.
Namun begitu, kematian Caesar menamatkan impiannya dan, selama beberapa tahun, hubungan antara Mesir dan Rom adalah normal. Tetapi perang sivil baru di Rom antara anak Caesa,r Octavianus dan Mark Anthony, salah satu daripada rakan-rakan terdekat Caesar sejak menakluk Gaul turut melibatkan Mesir. Malah Cleopatra telah menjadi kekasih Mark Anthony dan baginda membuat satu pakatan antara Mesir dan tentera Mark Anthony. Pertempuran sengit di Azio pada 31 B.C. , tentera Mark Anthony telah dimusnahkan oleh tentera Octavianus.
Cleopatra dan Mark Anthony pulang ke Mesir untuk meneruskan rintangan, tetapi tentera Octavianus 'menyerang dan menakluki Mesir dalam masa beberapa hari dan menjadikan mereka terdesak lalu membunuh diri mengelak daripada ditangkap. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah Empayar Rom (yang dipanggil "jelapang Rom") dan Octavianus menjadi maharaja pertama Rom.















Kejayaan Cleopatra kepada sejarah Dunia

Beliau memerintah negara Mesir dengan stabil dan menjadikan Mesir yang paling berkuasa pada masa itu dihadapan empayar Rom. Beliau adalah Firaun terakhir Mesir Purba. Apabila anaknya dilahirkan, baginda menamakan ia Ptolemy Caesar dan telah dibedah dari tubuhnya – peristiwa ini merupakan asas kepada kewujudan "pembedahan caesarian" . Baginda berjaya menggoda dua pemimpin yang paling berkuasa di dunia - Julius Caesar dan Mark Anthony ketika mereka bersedia untuk mengambil alih Mesir – baginda berjaya menyelamatkan Mesir dengan menjadikan dirinya menarik dan cantik untuk orang-orang yang berkuasa jatuh kepada kelebihan baginda.
Baginda memerintah Mesir walaupun telah dibuang sebelum ini oleh abangnya. Baginda adalah sasaran Octavian dalam pertempuran Actium. Baginda berketurunan Macedonia, tetapi boleh bercakap bahasa Mesir dengan lancer.













Kesan kematian Cleopatra kepada Dunia

            Kematian Cleopatra menandakan berakhirnya perang saudara Rom, antara triumvirates Mark Antony dan Octavius ​​(Augustus), walaupun Mark Antony telah meninggal dunia sebelum kematian Cleopatra sendiri. Dengan kematian beliau, Mesir menjadi sebuah provinsi Rom dan Caesarean, anak kepada Julius Caesar dan Cleopatra menuntut untuk menjadi pengganti Julius Caesar selepas Octavius ​​telah dibunuh.
Selepas Antony, Caesarean dan kematian Cleopatra, Octavius ​​menjadi kuasa dominan di Rom, tanpa imbangan kuasa yang diberikan oleh pemerintahan bertiga, beliau menjadi Augustus (Maharaja), republik Rom tidak bernilai apa-apa sehinggalah Empayar Rom dilahirkan. Tambahan pula, dengan kekalahan Ptolemy Mesir, Rom memusnahkan satu lagi pesaing yang berpotensi dan utama di Mediterranean, memudahkan perkembangan Rom ke Timur berhampiran, menjatuhkan semula Parthians yang telah maju hasil daripada ketidakstabilan Rom selama bertahun-tahun itu.
Rom akhirnya menjadi maju dalam bidang perdagangan bijirin, kerana mereka kini mempunyai kawalan bekalan bijirin yang telah digunakan sebagai alat politik oleh Ptolomies dan Antony . Oleh itu, dengan kematian beliau membantu mempercepatkan lagi proses Rom menjadi Tyranny, yang akan berkembang dan memerintah selama 500 tahun lagi selepas itu.

#gambar tak dapat diupload,,sowi...